Khidmat profesional hasilkan gambar eksklusif

|

[ tolong postkan untuk fairus ... taken from berita harian. ]

_________________________________________________________

SELEPAS seminggu berkahwin, pasti anda teruja dan tidak sabar melihat lebih jelas gambar hari bersejarah Raja Sehari berlangsung. Lazimnya, rata-rata pengantin mahukan gambar yang dimuat dalam album pengantin adalah terbaik. 

Jangan terkejut jika gambar tidak memuaskan tatkala menerima album gambar perkahwinan yang siap dicetak. Mungkin kerana anda silap memilih jurugambar yang tidak berkebolehan dan profesional. 

Galeri fotografi terkenal, Myphotographer Malaysia di bawah naungan Mahakarya Studio menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan yang komited dan profesional. Malah, Myphotographer juga menawar dan menghasilkan pelbagai rekaan album gambar untuk majlis pertunangan, pernikahan dan juga perkahwinan terbaru, kreatif lagi menarik mengikut cita rasa pelanggan.


Pengarah Urusannya, Ahmad Fairus Mohammed Noor, berkata Myphotographer yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang meminati seni fotografi. 

“Produk utama yang ditawarkan di Myphotographer ialah album gambar perkahwinan berbagai jenis, saiz dan material dan khidmat fotografi perkahwinan yang lebih kreatif. 

“Myphotographer mempunyai lebih 10 juru gambar terlatih yang diajar teknik dan kemahiran untuk menghasilkan gambar jenis ‘candid’ atau spontan dan artistik dalam majlis perkahwinan. Untuk menjadi jurugambar profesional di bawah naungan Myphotographer, semua jurugambar saya menjalani banyak proses pembelajaran dan ujian ketat,” katanya ketika ditemui di galeri fotografi perkahwinan Myphotographer miliknya di Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Myphotographer antara sembilan ahli dalam Click Couture Wedding Professional Malaysia. Berdiri teguh sebagai galeri fotografi terkenal, Myphotographer mempunyai konsep fotografi tersendiri yang lebih memandang kepada seni fotografi, kreatif, kontemporari dan artistik. Sehubungan itu, jenama berkenaan turut mendapat undangan menjalankan penggambaran di luar negara. 

Ahmad Fairus berkata, untuk majlis perkahwinan, beliau berpendapat peranan jurugambar dalam majlis perkahwinan tidak boleh dipandang sebelah mata. Pengantin seharusnya berfikiran terbuka dengan menggunakan khidmat jurugambar sepenuh masa kerana itu adalah komitmen mereka dan boleh dipercayai. 

Rata-rata mereka yang sudah ‘lebih makan garam’ menasihatkan bakal pengantin supaya mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan profesional seawal enam bulan sebelum majlis berlangsung. 

Bagaimanapun, untuk mendapatkan kepuasan gambar perkahwinan dan kepercayaan terhadap jurugambar, anda perlu meneliti hasil kerja mereka menerusi galeri fotografi profesional yang ada.

Panduan memilih jurugambar perkahwinan 

1. Cari juru gambar perkahwinan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis berlangsung. 

2. Lakukan pencarian menerusi laman web, majalah perkahwinan. 

3. Pergi sendiri ke galeri fotografi untuk mendapat lebih kepercayaan dengan melihat contoh. 

4. Elak daripada memilih jurugambar separuh masa kerana kemungkinan mereka tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap perkahwinan mempelai. 

5. Dapatkan khidmat rundingan daripada jurugambar profesional sepenuh masa, berpengalaman dan boleh dipercayai. 

6. Hayati hasil kualiti dan kreativiti kerja jurugambar berkenaan sebelum memutuskan untuk memilih mereka. 

7. Tempah seawal mungkin dengan mendahulukan wang deposit supaya dapat menggunakan jurugambar yang disukai. 

8. Pilih konsep gambar dan album yang dikehendaki supaya jurugambar dapat memahami kehendak pelanggan. 

INFO: Myphotographer Malaysia 

  • Naungan Mahakarya Studio
  • Alamat: 64A, Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23, Shah Alam.
  • Telefon: 03-55495564
  • Laman web: www.myphotographer.com.my
  • Kos penggambaran perkahwinan - RM750 dan ke atas.

2 comments:

LiyanaAleya said...

My Photographer,
Semasa kunjungan saya ke Pameran Pengantin di Shah Alam, saya telah berhadapan dengan situasi yang memeranjatkan di booth MyPhotographer. Dalam pada saya menyelak helaian buku “custom album” di sana, salah seorang petugas yang menjaga booth anda telah “menghina” bekas pelanggan anda, dengan mengatakan ayat berikut: - “DIA NI (pelanggan yang berkerja sebagai pegawai atasan di sebuah bank) KAYA GILA,TAPI MUKA MACAM DREBAR LORI”. (Nota: sebelum kenyataan menghina tersebut mereka tanpa segan silu menceritakan butir-butir majlis perkahwinan mempelai yang malang itu. Berapa jumlah hantaran, nama mempelai, di mana rumah mereka, di mana mereka berkerja, apa yang dipersembahkan di dalam dulang hantaran mereka. -Soalan saya, adakah ini etika profesionalisme yang anda megahkan?)

Lebih memeranjatkan apabila seorang lagi petugas wanita bertudung yang turut menjaga booth MyPhotographer turut menyambut “lawak penghinaan tersebut” dengan hilai tawa. Sedangkan saya dan tunang saya masih lagi di hadapan mereka. Pada kami, mereka langsung tak menghormati pelanggan. Sejak itu saya kekal mengingati MyPhotographer sebagai “jenama yang menghina pelanggan”.

Lebih mengecewakan lagi, saya pernah mengajukan perkara ini di dalam fotopages anda, tapi komen saya dibalas dengan penutupan ruangan komen di fotopages anda. Tiada maaf, tiada penjelasan. MyPhotographer langsung tak menghormati pelanggan dan tak mahu mengakui kesilapan. Hanya mahukan yang indah semata – baik dari segi imej korporat mahupun pelanggan yang anda layani.

Sekian,
Yang sentiasa mengingati MyPhotographer memberi gelaran DREBAR LORI kepada bekas pelanggan.

Ahmad Fairus Myphotographer said...

Terima Kasih atas komen anda cik liyanaaleya.Segala informasi dari cik akan kami jdkan pengalaman.Kami mohon maaf atas sikap staff kami yang mungkin kurang pengalaman atau ingin berjenaka,kami akan tegur dan akan improve dari masa ke semasa.Terima kasih atas teguran anda.