Khidmat profesional hasilkan gambar eksklusif

|

[ tolong postkan untuk fairus ... taken from berita harian. ]

_________________________________________________________

SELEPAS seminggu berkahwin, pasti anda teruja dan tidak sabar melihat lebih jelas gambar hari bersejarah Raja Sehari berlangsung. Lazimnya, rata-rata pengantin mahukan gambar yang dimuat dalam album pengantin adalah terbaik. 

Jangan terkejut jika gambar tidak memuaskan tatkala menerima album gambar perkahwinan yang siap dicetak. Mungkin kerana anda silap memilih jurugambar yang tidak berkebolehan dan profesional. 

Galeri fotografi terkenal, Myphotographer Malaysia di bawah naungan Mahakarya Studio menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan yang komited dan profesional. Malah, Myphotographer juga menawar dan menghasilkan pelbagai rekaan album gambar untuk majlis pertunangan, pernikahan dan juga perkahwinan terbaru, kreatif lagi menarik mengikut cita rasa pelanggan.


Pengarah Urusannya, Ahmad Fairus Mohammed Noor, berkata Myphotographer yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang meminati seni fotografi. 

“Produk utama yang ditawarkan di Myphotographer ialah album gambar perkahwinan berbagai jenis, saiz dan material dan khidmat fotografi perkahwinan yang lebih kreatif. 

“Myphotographer mempunyai lebih 10 juru gambar terlatih yang diajar teknik dan kemahiran untuk menghasilkan gambar jenis ‘candid’ atau spontan dan artistik dalam majlis perkahwinan. Untuk menjadi jurugambar profesional di bawah naungan Myphotographer, semua jurugambar saya menjalani banyak proses pembelajaran dan ujian ketat,” katanya ketika ditemui di galeri fotografi perkahwinan Myphotographer miliknya di Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Myphotographer antara sembilan ahli dalam Click Couture Wedding Professional Malaysia. Berdiri teguh sebagai galeri fotografi terkenal, Myphotographer mempunyai konsep fotografi tersendiri yang lebih memandang kepada seni fotografi, kreatif, kontemporari dan artistik. Sehubungan itu, jenama berkenaan turut mendapat undangan menjalankan penggambaran di luar negara. 

Ahmad Fairus berkata, untuk majlis perkahwinan, beliau berpendapat peranan jurugambar dalam majlis perkahwinan tidak boleh dipandang sebelah mata. Pengantin seharusnya berfikiran terbuka dengan menggunakan khidmat jurugambar sepenuh masa kerana itu adalah komitmen mereka dan boleh dipercayai. 

Rata-rata mereka yang sudah ‘lebih makan garam’ menasihatkan bakal pengantin supaya mendapatkan khidmat jurugambar perkahwinan profesional seawal enam bulan sebelum majlis berlangsung. 

Bagaimanapun, untuk mendapatkan kepuasan gambar perkahwinan dan kepercayaan terhadap jurugambar, anda perlu meneliti hasil kerja mereka menerusi galeri fotografi profesional yang ada.

Panduan memilih jurugambar perkahwinan 

1. Cari juru gambar perkahwinan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis berlangsung. 

2. Lakukan pencarian menerusi laman web, majalah perkahwinan. 

3. Pergi sendiri ke galeri fotografi untuk mendapat lebih kepercayaan dengan melihat contoh. 

4. Elak daripada memilih jurugambar separuh masa kerana kemungkinan mereka tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap perkahwinan mempelai. 

5. Dapatkan khidmat rundingan daripada jurugambar profesional sepenuh masa, berpengalaman dan boleh dipercayai. 

6. Hayati hasil kualiti dan kreativiti kerja jurugambar berkenaan sebelum memutuskan untuk memilih mereka. 

7. Tempah seawal mungkin dengan mendahulukan wang deposit supaya dapat menggunakan jurugambar yang disukai. 

8. Pilih konsep gambar dan album yang dikehendaki supaya jurugambar dapat memahami kehendak pelanggan. 

INFO: Myphotographer Malaysia 

  • Naungan Mahakarya Studio
  • Alamat: 64A, Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23, Shah Alam.
  • Telefon: 03-55495564
  • Laman web: www.myphotographer.com.my
  • Kos penggambaran perkahwinan - RM750 dan ke atas.

Bonjour!

|




Sudah masuk hari ke 3 saya di kota Paris baru hari ini berkesempatan untuk menulis sedikit di dalam blog ini.

Perjalanan saya ke Europe pada kali ini agak mudah kerana saya tidak merasa "jet-lag", tidak seperti tahun lepas di mana saa kerugian 2 hari pertama akibat dari pada itu. Dan kali ini juga saya lebih banyak berjalan, tidak seperti tahun lepas di mana saya lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik hotel.




Ini mungkin di sebabkan tahun lepas saya lebih stress menantikan upacara perkahwinan, tidak seperti pada tahun ini saya lebih banyak bersantai sambil bekerja.


Perjalanan saya masih jauh, dan esok saya akan ke Venice untuk kerja yang ke dua.

Semoga jumpa lagi..

Syahrin Aziz

www.syahrinaziz.com
www.theweddingdiaries.com
www.clickcouture.com.my

+ pics from 3rd meeting CC +

|


photos by myphotographer @ myphotographer dicilok from myphotographer's blog. hehehe :-P

Talk from Clickcouture Members

|

Clickcouture meeting at Myphotographer Galerry

Meeting yang berlangsung selama hampir 3 jam bersama beberapa topik antaranya talk with Clickcouture Members.Antara yang datang adalah Saiful Nang dari Candid Syndrome,Azmin Prettypeektures,Iskandar Ibrahim dan Ahmad Fairus dari Myphotographer.Majlis yang sepatutnya dihadiri juga oleh Ikram Ismail & Fairuz(kiwi) dan mereka tidak dpt menghadirkan diri kerana beberapa masalah peribadi.

Berita Baik buat Wedding Photographers

Clickcouture Members telah merancang untuk membuat talk yang akan di hadiri oleh hampir semua members.Sila lihat detail talk di bawah.

Tarikh - 30 ogos 2008
Tempat - TBC
Masa - 8.30 pagi register 9 pagi bermula
Penceramah - Saiful Nang(CS),Hasnudin(Adan),Azmin(Prettypeektures),Iskandar Ibrahim,Fairuz Ismail(Avicenna Studio) dan Ahmad Fairus(Myphotographer)
Bayaran - TBC (less than rm400)

Siapa yang perlu datang?

- Weddings Photographers(Beginner atau …..)
- Yang baru nak menceburkan diri dalam bidang fotografi
- Mereka yang mahu mengenali Clickcouture Members

Pada mereka yang dtg anda tidak di benarkan untuk merakam gambar semasa majlis,anda hanya di benarkan merakam gambar setelah selesai majlis

Yang Specialnya event ini

- Penceramah oleh antara Top Players Wedding Photography sekarang.
- Penceramah akan share topik yang berbeza(cth-teknikal,business etc)
- Boleh bersua kenal dengan
Clickcouture Members
- Disini juga ada lucky draw ( Antara hadiah adalah kamera,album dan 1 SLOT TAG ALONG WITH SAIFUL NANG)

Selepas sesi talk kita akan buka sesi forum buat photographer bertanya kepada members.

Sesiapa yang berminat sila email di talk@clickcouture.com.my(bermula 17 julai 2008 9pagi)

sekian terima kasih.

+ t-shirt models, anyone? +

|



since the wedding fair last 2 weeks, it was straight down to work as many album designs & editing had to be stalled because of the preparation. pretty peektures cuma ada 3 full time staff dan ketiga-tiga orang ini sajalah ( termasuk yang tengah type ni ) yang working round the clock to prepare all the materials for the wedding fair at mid valley. anyway, thanks a bunch to our team of peektugraphers who came to midvalley and helped out. thanks guys! they had to run here in between wedding assignments just to help out! thanks! you guys rocks!

just came back from Ipoh yesterday and only last night, managed to sieve through all the photos that were taken from the fair. and tiba-tiba, terjumpalah these peeks, 3 orang t-shirt model wannabes. keh keh keh... boleh kot jadi model, tapi section antara dada & pinggang tu surely needs a lot of work!

from left is Yours Truly, Saiful Nang ( Candid Syndrome ) & Pojie ( Manggis ). unfortunately Hasnuddin ( Adan ) & Fairus ( Myphotographer ) were nowhere to be found, perhaps busy counting $$$ under their cash register machines ( ka-chingggg!!! ) ;-) .

oklah, till the next entry..

cheers!

min

  

Many Thanks!

|
I would like to say many thanks to Click Couture Admin for giving me the opportunity to say few words in our new Click Couture Blog.

Now its 2am in the morning i just came back from Shah Alam for a wedding. It was tiring but it is something I enjoy immensely.

Tomorrow is another long day for me and i have to go to sleep now...

See Ya!

Syahrin Aziz
www.theweddingdiaries.com
www.syahrinaziz.com

+ welcome to click couture's blog! +

|

welcome to our new home! click couture is a group of professional wedding photographers in malaysia that has met a certain standard to be in the group. most of us have our very own blogs thus making it difficult for anyone out there to keep tab with our activities, roars and rants. with this space, it would be easier as all nine members of this circle can blog their activities here, all in just ONE blog.


watch out for special entries by click couture members spilling out their experiences on their international assignments, or in their VVIP wedding tasks. whatever the entries they will post here, you can be assured they will be interesting ones and please bookmark this blog for your future references ya!


please feel free to leave your comment, suggestion or ideas but please bear in mind this is a group blog so unnecessary personal comments should not be posted here. your cooperation is highly appreciated! :-)


selamat datang ke blog baru kami!


cheers!


min